Isnin, 19 Mei 2014

PROGRAM MAJLIS SUKANIKA TADIKA PERPADUAN DAN SAMBUTAN HARI IBU

Assalamualaikum,
Salam Perpaduan dan Salam Perak Aman Jaya.

Seminggu telah berlalu di mana pada 11 Mei 2014 telah berlangsungnya satu Program iaitu Majlis Sukanika Tadika Perpaduan Dan Sambutan Hari Ibu yang dianjurkan oleh Jiran Nita dengan kerjasama KRT Induk Taman Serai Perdana. Program itu telah di rasmikan oleh Yang Berhormat Adun Alor Pongsu iaitu Dato' Sham bin Mat Sahat.



Acara peresmian dijalankan dengan memotong Pulut Kuning dan disertai oleh Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kerian , Pengerusi KRT Taman Serai Perdana dan Pengerusi Jiran Nita.


Sempena Majlis Sukanika Tadika Perpaduan, Tadika Perpaduan Bagan Serai Timur dan Tadika Perpaduan Bagan Serai Barat dijemput untuk memeriahkan lagi majlis itu. 



Tadika Perpaduan Bagan Serai Barat tidak dapat hadir kerana ada program lain yang disertai mereka.

Program itu bermula pada pukul 8.00 pagi dimulakan dengan senamrobik sebagai pemanas badan, Sebelum itu pendaftaran kehadiran dijalankan, sarapan pagi dan makan tengahari disediakan dengan menyerahkan kopon yang diberi semasa pendaftaran.





Program itu dibantu oleh Ahli-ahli KRT Taman Serai Perdana untuk menjadi juri bagi acara sukanika.




Acara-acara sukanika itu ialah Susun Nombor


Acara Kedua KLCC



Acara Ketiga Untaian Kasih


Acara Keempat Raja Pecut



dan acara lain


Program itu dianjurkan oleh Jiran Nita tidak adil rasanya jika tiada acara untuk kaum ibu, beberapa acara telah disusun antaranya Lipatan Tuala , Menganyam Ketupat dan Acara Makeover.









Program itu telah berjalan dengan lancarnya diatas kerjasama AJK KRT  dan semua penduduk Taman Serai Perdana. 

DENGAN ITU DIUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT 




Sabtu, 3 Mei 2014

Mantan Pengerusi KRT Taman Serai Perdana Telah Kembali Kerahmatullah.

Encik Kharuddin bin Ibrahim telah kembali kerahmatullah pada pukul 6.30 petang tadi iaitu besamaan 3 May 2014 dan jenazah akan dikebumikan ditanah perkuburan Masjid Matang Gerdu pada besok 4 May 2014 pada pukul 11.00 pagi.
Sama-sama kita doakan agar roh Nya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orag beriman- Al-Fatihah.